Thursday, August 21, 2014

Kya hai 'research'?

Research itu adalah benda yang di ulang-ulang. 
Dan sungguh! 
Sifat sabar itu AMAT penting.
Bertabahlah!



                                                                                 (USM Engineering Campus, 210814)

Sunday, April 20, 2014

Toleh belakang

Orang kata, usah di kenang barang yang lepas dan terus berjalan!
Namun, ku rasa... 
Terkadang, kena juga toleh ke belakang. 
Sebagai langkah berjaga-jaga!
Allah musta'an...



(Engineering Campus USM, 200414)

Thursday, March 20, 2014

'Menembak' bulan...

Semalam keluar dgn Mama.
Cari barang. 
Tgh duk drive, nampak bulan. Cantik!
Sampai rumah, pi ambil kamera pi 'shoot' bulan.
Masa tu dah pukul 11 lebih malam.
Takut jugak sebenarnya.
Tiba-tiba ada kucing teman...
Terima kasih kucing!!! ^^

Comey kae???!!! ^^


 Nampak tak ada dua dot kat atas bulan tu? Yang atas sekali tu Spica. Yang kat bawah tepi sebelah kiri tu Mars. Sepatutnya ada Saturn kat bawah bulan tu tapi dah tak nampak sebab cerah sgt dgn lampu kawasan rumah orang. Dah habis zoom dah, still tak nampak. Al-maklumlah kamera murah jer.... =)


Inilah sepatutnya nampak....


Thank you my dear kucing.... =)


(Wakaf Bharu, Kelantan 200314)

Saturday, March 8, 2014

Bersiap siaga....


Rabu lepas. Dalam permusafiran ku dari KL - Nibong Tebal, Penang. Ku menyaksikan satu kemalangan. Dalam lebih kurang pukul 10 pagi, tika itu jalan di KL jammed. Nak ambil lorong kiri menuju ke Ipoh. Sebelum tu tgk cermin sisi sebelah kiri. Ada motor, agak laju. Kasi dia jalan dulu. Tiba-tiba, kereta proton saga yang ada kat depan sebelah kiri brek mengejut. Motor tadi langgar kereta saga tu dan dia terpelanting. Ku cepat-cepat brek. Tak jadi nak tukar lorong... Terkesima!!! Innalillahi wa inna ilaihi rojiun...



p/s: Boleh jadi pada pagi hari kita berada di alam dunia, dan petang hari pula kita berada di alam kubur... Always be prepared!



(Engineering Campus USM, 080314)

Thursday, February 13, 2014

Setahun lalu...



Aku masuk bilik Ayah. Tgk Ayah duk bersiap nak keluar. Aku duduk bersila atas katil lalu berkata dgn nada yang sangat sedih, "Ayoh, gano nih?" Ayah tgk aku dan berkata, "Sampai sana, mitoklah nok gapo pom. Allah bui blako." Aku tunduk, air mata mula bergenang di kelopak mata. Aku keliru! Tawaran utk menduduki peperiksaan jawatan kerajaan negeri yang aku duk tunggu sangat tidak dapat aku penuhi kerna bertembung tarikhnya dgn 'kemuncak' hidup ku, Haramain!

Pada suatu hari di Makkah Al-Mukarramah. Aku duduk di satu sudut. Aku merenung Kaabah. Ku 'berbicara' dengan Pemilik jiwa, "Ya Allah, sungguh aku tak tahu nak kerja apa dan nak ke mana? Aku berharap benar agar arah ku selepas ini takkan pernah menjauhkan aku dgn Mu dan RasulMu. Sungguh, aku berharap benar..."

Kini, aku di sini... di Nibong Tebal! Terima kasih Ya Allah. Aku masih terus menerus mengharapkan tuntunan dari-Mu agar tidak 'tergelencoh' dari landasan. Dan moga hati ini thabat menghadapi cabaran yang mendatang. Allah musta'an. Siiru 'ala barakatillah.....


p/s: Gambar adalah catatan ku setahun lalu sebelum berangkat. Bila baca balik, tersengih sendiri sampai telinga, heeeeee................. ^^


(Engineering Campus USM, 130214)

Tuesday, January 28, 2014

Go! Go! Go!



Akan ku terus melangkah walaupun payah. 
Iyah! Iyah! Iyah!


p/s: Found these cute kittens at surau.


(Engineering Campus USM, 280114)

Monday, January 27, 2014