Thursday, February 13, 2014

Setahun lalu...



Aku masuk bilik Ayah. Tgk Ayah duk bersiap nak keluar. Aku duduk bersila atas katil lalu berkata dgn nada yang sangat sedih, "Ayoh, gano nih?" Ayah tgk aku dan berkata, "Sampai sana, mitoklah nok gapo pom. Allah bui blako." Aku tunduk, air mata mula bergenang di kelopak mata. Aku keliru! Tawaran utk menduduki peperiksaan jawatan kerajaan negeri yang aku duk tunggu sangat tidak dapat aku penuhi kerna bertembung tarikhnya dgn 'kemuncak' hidup ku, Haramain!

Pada suatu hari di Makkah Al-Mukarramah. Aku duduk di satu sudut. Aku merenung Kaabah. Ku 'berbicara' dengan Pemilik jiwa, "Ya Allah, sungguh aku tak tahu nak kerja apa dan nak ke mana? Aku berharap benar agar arah ku selepas ini takkan pernah menjauhkan aku dgn Mu dan RasulMu. Sungguh, aku berharap benar..."

Kini, aku di sini... di Nibong Tebal! Terima kasih Ya Allah. Aku masih terus menerus mengharapkan tuntunan dari-Mu agar tidak 'tergelencoh' dari landasan. Dan moga hati ini thabat menghadapi cabaran yang mendatang. Allah musta'an. Siiru 'ala barakatillah.....


p/s: Gambar adalah catatan ku setahun lalu sebelum berangkat. Bila baca balik, tersengih sendiri sampai telinga, heeeeee................. ^^


(Engineering Campus USM, 130214)